Terma & Syarat

Tidak Dibenarkan

  • merokok di dalam rumah.
  • membawa minuman keras atau makanan yang tidak halal.
  • membawa binatang peliharaan (no pets allowed).
  • membuat maksiat atau berpesta.
  • membuat bising atau menganggu ketenteraman jiran.
  • merosakkan harta benda / kemudahan yang disediakan di homestay ini


Waktu Keluar/Masuk

  • Check-in pada jam 2pm dan Check-out pada jam 12pm.
  • Sila beri kerjasama terhadap waktu keluar masuk ini bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah dilakukan.
  • Sila tunjuk resit untuk serahan kunci.

Peraturan & Larangan

1. Penghuni bertanggungjawab menjaga keselamatan homestay dan barang-barang yang disediakan dalam homestay sepanjang tempoh peginapan di sini. Jika keluar meninggalkan rumah atau tidur di waktu siang/malam pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar ditutup dan dikunci terlebih dahulu.

2. Pastikan semua suis elektrik ditutup selepas digunakan. Penghuni digalakkan menutup semua suis termasuk suis kipas / lampu apabila meninggalkan rumah.

3. Tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak pengurusan De’Pondok Homestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

4. 
De'Pondok Homestay tidak menerima tetamu yang ingin menginap secara tiba-tiba (ad-hoc). Jika anda ingin menginap di Homestay kami anda perlu membuat tempahan awal sekurang-kurangnya 3 hari awal sebelum tarikh penginapan anda. 

5.  Tempahan anda akan diproses selepas pihak kami menerima bayaran. Polisi homestay kami adalah"First Pay, First Served". Ini bermakna pelanggan pertama yang membuat bayaran tempahan akan diterima dan pelanggan tersebut berhak untuk tinggal di HomeStay ini. Dalam kes seumpama ini, jika ada pelanggan lain yang telah membuat pembayaran dahulu maka Invois anda akan terbatal dengan sendirinya. Jika anda telah membuat bayaran pada masa tersebut, kami akan memulangkan kesemua wang tempahan anda.

6. De'Pondok Homestay hanya membenarkan tetamu sah yang berdaftar sahaja untuk menginap disini. Untuk tujuan ini anda perlu menunjukkan “Slip Pengesahan Penginapan” dan kad pengenalan / Passport kepada pengurus kami semasa anda mendaftar masuk (check-in). Tetamu yang membuat tempahan homestay hendaklah hadir semasa check-in dan wajib menunjukan kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci homestay kepada wakil.

7. Bilangan penghuni yang dibenarkan untuk menginap di homestay ini adalah 12 orang (unit 1) dan 9 ORANG (unit 2)  kerana kami menyediakan 4 buah bilik tidur (unit 1) dan 3 buah bilik tidur (unit 2) sahaja. Jika anda ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut pihak kami hanya membenarkan maximum 15 ORANG. Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak membenarkan rombongan tetamu yang ingin menginap melebihi jumlah tersebut kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah keselesaan dan masalah air.
8. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay ini.

9. Sila buang semua bungkusan makanan/sampah yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

10. Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah di larang di dalam rumah.

11. Tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan.

12. Tidak dibenarkan membuat bising hingga menganggu ketenteraman jiran-jiran berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar rumah agar tidak mengganggu penghuni lain.

13. Pastikan semua barang dan peralatan diletakkan di tempat asal sebelum check-out.

14. Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan De Pondok Homestay ketika check-out.

15. Tidak dibenarkan membawa arak, pork/bak kut teh, dadah dan apa juga barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam homestay.

16. Sebarang anjuran parti liar dan salah di sisi undang-undang tidak dibenarkan sama sekali diadakan di sini.

17. Jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah untuk apa tujuan sekali pun, walaupun mereka mengatakan mereka dihantar oleh pihak homestay untuk membaikpulih atau mengambil barangan homestay kerana pihak homestay TIDAK akan menghantar staff, mekanik atau sesiapa sekalipun setelah penyewa check-in kecuali pengurus kami.

18. Jika penghuni membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam homestay, sebarang kehilangan barangan homestay adalah dibawah tanggungjawab penghuni tersebut sepenuhnya.  Jika terdapat sebarang kemuskilan anda dikehendaki segera menelefon pengurus homestay.

19. Jika ada orang yang ingin menyewa dan ingin melihat keadaan dalaman homestay minta mereka menghubungi pihak homestay sendiri.

20. Jangan membuat apa-apa bayaran kepada orang yang tidak dikenali yang datang ke homestay. Segala bayaran hanya boleh dilakukan kepada pengurus homestay sahaja.

21. Setiap peralatan dapur yang telah digunakan hendaklah dibersihkan.

22. Sekiranya tempahan dibatalkan 3 hari sebelum tarikh check in, kami akan menolak 50% dari deposit tempahan. Tapi jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh anda check in, bayaran deposit tempahan anda tidak akan dikembalikan. Ini kerana bila anda membatalkan penginapan anda, pihak kami akan menanggung kerugian kerana telah menolak permohonan penyewa lain yang ingin menginap pada tarikh tersebut. Jadi sebelum anda membuat tempahan pastikan anda benar-benar ingin menginap pada tarikh yang anda tempah.

23. Kerja-kerja pembersihan homestay hanya akan dilakukan setelah penyewa check-out. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab penyewa untuk menjaga kebersihan homestay selama tempoh menginap.

24. Pihak pengurusan homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka dan harta benda masing-masing kerana kelalaian mereka atau keadaan yang di luar kawalan pihak pengurusan homestay.

25. Keselesaan & keselamatan anda keutamaan kami.

No comments:

Post a Comment